Tak ada yang mengira kalau angka tanggal
lahir ternyata memiliki makna. Tidak hanya itu, ternyata ada juga rahasia
tersembunyi yang tentunya perlu untuk di ketahui.
Seperti hasil kajian yang dilakukan Dr Fadzilah Kamsah yang dikutip melalui
tokeinfo.com, melalui angka tanggal
lahir bisa diketahui potensi dan personliti diri seseorang.
Adapun cara penghitungan untuk mengetahui rahasia dari angka tanggal
lahir, contohnya seorang bayi yang lahir tanggal 21 maret 2012, maka dalam
penghitungan rahasia lahirnya yakni,
21 Maret 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2
Jawabannya adalah 2. Adapun makna dari angka tersebut yakni,
* Angka tanggal lahir: 1
Kekuatan: dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak
daya tarik, Kepandaian, mempunyai kuasa dan memiliki analisa yang kuat, yang
mampu menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua
perkara, individu yang sangat kreatif dan peka.
Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau
diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah
menerima kritikan orang, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan
dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun
bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik.
Adapun yang perlu dipelajari:
Siap menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih
baik. Berfikirlah secara terbuka. Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 1: Arsene Wenger, Acha Septriasa,
Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan
* Angka tanggal lahir: 2
Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik.
seorang yang Sentiasa tenang dalam keadaan apa pun. Seorang yang ramah dan
sangat mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut
hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan
golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai
kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan: Individu ini tidak percaya atas kelebihannya sendiri,
walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan,
tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Senantiasa
mengutamakan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri.
Adapun yang perlu dipelajari:
Percayalah kebolehan diri sendiri. Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem).
Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 2: Dr Fadzli Yaacob, Thaksin
Shinawarta, Bill Clinton, Madonna
* Angka tanggal lahir: 3
Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam
english – “all-rounder”. Idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang
tahu dan faham apa yang dia kehendaki daam hidup. Berkebolehan untuk membezakan
sesuatu yang buruk atau baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang
dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan
bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan
terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak
penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu
perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadangkala pula seorang yang nakal.
Juga, seorang yang bermulut ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata,
bisa menyebabkan keretakan dalam suatu hubungan.
Adapun yang perlu dipelajari:
Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Cuba menghabiskan
sesuatu yang telah anda mulakan.
Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney,
Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby
* Angka tanggal lahir: 4
Kekuatan: seorang yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan
sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam
peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan
masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan
memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu
kegagalan.
Kelemahan: Tak suka mengungkapkan perasaan tidak puas hati dalam
suatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan
perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan suatu perkara.
Perlu berhati-hati dalam hubungan dan perkawinan.
Hal yang perlu dipelajari:
Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain. Bersikap
dan berfikiran lebih terbuka
Berterus teranglah dalam sesuatu perkara.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 4: Bill Gates, Alex Ferguson,
Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
* Angka tanggal lahir: 5
Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil
risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin.
Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus
untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik,
tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian
dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya
cerewet dalam hal hal kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan
sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan
sesuatu.
* Yang yang perlu dipelajari:
Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira,
Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney
Spears
* Angka tanggal lahir: 6
Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6
mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi
mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor 6 akan berjaya dalam
karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi
popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang
orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak
pendamai.
Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil
kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang
atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Hal yang harus dipelajari:
Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya. Buat sesuatu
tanpa memikirkan kepentingan diri. Kurangkan sifat degil dan memerlukan
ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa
Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver
* Angka tangal lahir: 7
Kekuatan: memiliki berkemahiran dan sangat teliti apabila mengurus
suatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada siapa yang pernah menolongnya.
Sangat menghargai dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan gairah dan
cinta. Seorang pemikir dan suka kedamaian dan ketenangan. Bisa bersilat lidah.
Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemahsyuran.
Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka
berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka
“berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda
adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda
tidak mudah untuk menjalinkan hubungan ataupun persahabatan. Anda merasa boleh
bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Jangan hidup dalam dunia
sendiri, bercampur dengan dunia luar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7: Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam
Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson
* Angka tanggal lahir: 8
Kekuatan: seorang yang aktif dikalangan rekan-rekannya, menjadikannya
seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab
dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Suka menyelesaikan masalah.
Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini
perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati
lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan
ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari
dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda
cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan
perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut
keperluan orang lain
Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8: Steven Gerrard, Osama bin Laden,
Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda
* Angka tanggal lahir: 9
Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak
cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan
bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati
orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka
mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya
tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri
mengikut persekitaran
Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan.
Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini
tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang sukar
dipahami orang disekelilingnya. Bisa berubah menjadi seorang yang sangat
bersemangat, atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus
asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Hal yang harus diperbaiki:
Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata. Jangan mudah berputus
asa bila berdepan dengan halangan
Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele
Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley
Jadi nomor yang mana potensi diri Anda?
http://bangka.tribunnews.com
No comments:
Post a Comment